FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG PROSES PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
1) Tidak bersedia berhadapan dengan
masalah
Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar,
ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika
seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan
masalah maka sukar baginya untuk membentuk sebuah
keluarga yang harmoni.
2) Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus
rumah tangga
Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang
berlaku berpunca daripada ketiadaan ilmu yang cukup
dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah
malang apabila ada antara pasangan suami isteri yang
enggan merujuk kepada orang yang berpengalaman.
3) Mengabaikan perintah agama
Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian
adalah kesilapan paling besar dan merugikan.Ini kerana
agama adalah asas kepada kehidupan seorang
manusia.Jika tidak melaksanakannya dengan sempurna
maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi.
4) Tidak berfikiran jauh
Hanya memenuhi keperluan perancangan jangka
pendek sahaja dan mengabaikan keperluan
perancangan jangka panjang.
5) Berpuas hati dengan apa yang dimiliki
Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepada
perjalanan keluarga di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment