DUB 1012
NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
NAMA PENSYARAH: PUAN FADZILAH
JABATAN: JABATAN PENGAJIAN AM
KARRTHINI MOORTHY
16DPM15F1026
YOGARANI RAJANDRAN
16DPM15F1998
SHARIMILA PUGALETHI
16DPM15F1025
Wednesday, 24 February 2016
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG PROSES PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG PROSES PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
1) Tidak bersedia berhadapan dengan
masalah
Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar,
ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika
seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan
masalah maka sukar baginya untuk membentuk sebuah
keluarga yang harmoni.
2) Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus
rumah tangga
Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang
berlaku berpunca daripada ketiadaan ilmu yang cukup
dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah
malang apabila ada antara pasangan suami isteri yang
enggan merujuk kepada orang yang berpengalaman.
3) Mengabaikan perintah agama
Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian
adalah kesilapan paling besar dan merugikan.Ini kerana
agama adalah asas kepada kehidupan seorang
manusia.Jika tidak melaksanakannya dengan sempurna
maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi.
4) Tidak berfikiran jauh
Hanya memenuhi keperluan perancangan jangka
pendek sahaja dan mengabaikan keperluan
perancangan jangka panjang.
5) Berpuas hati dengan apa yang dimiliki
Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepada
perjalanan keluarga di masa hadapan.
kesimpulan
kesimpulan
CONTOH-CONTOH HARI ISTIMEWA KELUARGA
CONTOH-CONTOH HARI ISTIMEWA KELUARGA
a. Hari Ibu -> minggu kedua bulan Mei.
b. Hari Bapa -> minggu kedua bulan Jun
. c. Hari Lahir d. Hari Ulangtahun perkahwinan
e. Hari-hari perayaan seperti Tahun Baru Ccina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Natal, Deepavali.
definisi
Kasih sayang terhadap keluarga
Definisi :
Perasaan cinta,kasih, dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
KASIH SAYANG MELALUI PERKATAAN.
Meski pun cinta dan kasih sayang itu mudah untuk dilafazkan, namun ia tidaklah mudah untuk dilaksanakan. Luahan dan pelaksanaan kasih sayang sekeluarga mesti dilakukan untuk kepuasan setiap ahli keluarga. Oleh itu, ahli keluarga harus berusaha untuk menyatakan kasih sayang melalui luahan perkataan dan perbuatan. Ada banyak cara kasih sayang dapat diucapkan dan ditunjukkan kepada ahli keluarga.
CARA-CARA MENUNJUKKAN KASIH SAYANG KEPADA AHLI KELUARGA.
CARA-CARA MENUNJUKKAN KASIH SAYANG KEPADA AHLI KELUARGA.
Tunjukkan melalui pelaksanaan tanggung jawab. Bertanggung jawablah untuk memenuhi keperluan ahli keluarga. Isteri misalnya, boleh menunjukkan rasa kasih sayang dengan menjalankan tanggungjawab melayan suami dan anak anak dengan ikhlas.
Buktikan kasih sayang melalui pengorbanan. Jika ada perasaan sayang maka seseorang itu mesti sanggup berkorban dan bertungkus lumus berusaha mencapai sesuatu atau untuk keselesaan orang yang disayangi
Perasaan hormat juga adalah bukti kasih sayang. Konsep menghormati hendak lah sedia peka, tidak egoistik dan tidak mudah bertindak mengeksploitasi orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
Jangan menyembunyikan perasaan cinta dan kasih sayang.Sebaliknya bersikap terbuka jika melahirkan perasaan. Sentiasalah ungkapkan kata-kata cinta dan sayang kepada ahli keluarga.
Sokonglah ucapan-ucapan cinta melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas. Sentuhan lembut seperti menepuk bahu dan pandangan lembut sewaktu berbual amat baik untuk diamalkan.
Hadiah-hadiah dan sambutan tertentu dapat juga membuktikan perasaan kasih sayang. Maka berusahalah mengingati hari -hari istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
Apabila berjauhan, kirimlan surat , poskad atau telefon untuk melahirkan rasa kerinduan kepada mereka.
CARA YANG PALING UNTUK KITA MENTAATI IBU BAPA
CARA YANG PALING UNTUK KITA MENTAATI IBU BAPA
cara yang paling penting untuk kita mentaati ibu bapa ialah mencurahkan kasih sayang kita kepada ibubapa.
sebagaimana ibu kita pernah menumpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh. Sebagai contoh, kita bolehlah berbual-bual dengan ibu bapa, menghiburkan hati mereka dan membawa mereka melancong ke luar negara. Walaupun sesetengah anak sibuk dengan pekerjaan, tetapi sewajarnya mereka meluangkan masa untuk menemani ibu bapa. Dengan berbuat demikian, kedua-dua ibu bapa akan berasa gembira dan tidak berasa diabaikan oleh anak-anak.

Cara untuk Menunjukkan Kasih Sayang Terhadap Ibu Bapa
Cara untuk Menunjukkan Kasih Sayang Terhadap Ibu Bapa
Ibu bapa merupakan insan yang banyak berjasa kepada kita. Memang tidak dapat dinafikan bahawa seseorang ibu telah melahirkan kita dan seseorang bapa pula sentiasa bersusah payah mencari rezeki untuk menampung segala keperluan kita. Tambahan pula, seseorang ibu bapa telah banyak mengorbankan masa untuk mendidik kita supaya menjadi seorang insan yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia. Sebagai contoh, ibu bapa memberikan pendidikan tambahan seperti tuisyen. Malangnya, pada era globalisasi ini, terdapat anak-anak tidak mengenang jasa ibu bapa. Terdapat sesetengah anak yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Hal ini berlaku kerana mereka berasa susah untuk memenuhi keinginan ibu bapa yang telah uzur dan nyanyuk. Pada pendapat saya, hal ini tidak boleh dibiarkan daripada terus menerus. Oleh itu, sebagai anak, kita haruslah mentaati ibu bapa dan menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu bapa dengan cara-cara yang tertentu.
Cara-cara Bermesra dengan Anggota Keluarga
Cara-cara Bermesra dengan Anggota Keluarga
a) Berbual-bual dan bergurau dengan mereka.
b) Menonton televisyen bersama-sama.
c) Melakukan aktiviti riadah bersama-sama seperti berjoging, bersenam, berkelah, dan sebagainya.
a) Berbual-bual dan bergurau dengan mereka.
b) Menonton televisyen bersama-sama.
c) Melakukan aktiviti riadah bersama-sama seperti berjoging, bersenam, berkelah, dan sebagainya.
Cara Menunjukkan Kasih Sayang terhadap Anggota Keluarga
Cara Menunjukkan Kasih Sayang terhadap Anggota Keluarga
a) Mentaati ibu dan ayah.
b) Mendengar nasihat mereka.
c) Mengambil berat akan kesusahan mereka.
d) Bercakap dengan lemah lembut kepada semua ahli keluarga.
e) Bermesra dengan ahli keluarga.
f) Meminta maaf jika melakukan kesalahan.
g) Memaafkan ahli keluarga jika mereka bersalah.
h) Membantu anggota keluarga yang memerlukan bantuan kita.
i) Berkongsi barang-barang kita dengan adik-beradik.

BERKASIH SAYANG SESAMA ANGGOTA KELUARGA
BERKASIH SAYANG SESAMA ANGGOTA KELUARGA
1. Setiap anggota keluarga perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
2. Kita boleh menunjukkan kasih sayang terhadap anggota keluarga kita dengan pelbagai cara.
1. Setiap anggota keluarga perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
2. Kita boleh menunjukkan kasih sayang terhadap anggota keluarga kita dengan pelbagai cara.
SAJAK BUAT AYAH
SAJAK BUAT AYAH
Ayah….
Dirimu ibarat sang awan
Yang memayungi kehidupan kami
Yang senantiasa memerlukan dirimu
Saat sang suria memanaskan sinarnya
Ayah…..
Tidak akan hilang di benak kami
Tidak akan pudar dari pandangan kami
Betapa mulia hatimu
Betapa besar jiwamu
Menepis ranjau dan duri itu
Untuk mencari sesuap nasi buat kami
Ayah…….
Kesabaran juga tetap terbatas
Meski diuji dan dicabar
Oleh karenah kami
Yang adakalanya nakal
Yang adakalanya tidak mahu mendengar katamu
Ayah……
Pengorbanan mu tetap abadi dijiwa kami…….
Terimakasih ayah…..semoga Allah memberkati umur dan amalanmu.
Subscribe to:
Posts (Atom)